KEUTAMAAN MENGHAFAL AL-QUR’AN
Tahukah Anda pengertian Al-Qur'an ?
Apakah Anda mempunyai Al-Qur'an ?
Sudahkah Anda mampu membaca Al-Qur'an ?
Kapankah terakhir kali Anda membaca Al-Qur'an ?
Sudah berapa surat atau ayat Al-Qur'an yang Anda hafal ?
Alloh SWT telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Dari Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri dari manusia.”
Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: “Siapakah
mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: “Iaitu ahli Quran (orang
yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya).Mereka
adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
“Dari Abdullah Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda
bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al Quran di perintahkan, “Bacalah
dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau
membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di
syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”
3.AHLI AL QURAN ADALAH ORANG YANG BIJAKSANA DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w “Dari Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda; “Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di
antara penghuni syurga,”
4.MENGHORMATI ORANG YANG MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w “Dari Abu Musa Al Asya’ari ra.ia berkata
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diantara perbuatan mengagungkan
Allah adalah menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang
yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan
isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati
kepada penguasa yang adil.”
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN TIDAK DI SIKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
” Dari Abdullah Bin Mas’ud ra. Dari nabi s.a.w. baginda bersabda: ”
bacalah Al Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal
al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini adalah hidangan Allah, siapa yang
memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al Quran maka
hendaklah ia bergembira.”
6.MEREKA LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
“Dari Ibnu Mas’ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; “yang
menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca
Al Quran.”
7.DISAYANGI RASULULLAH S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Jabir Bin Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang
dari orang-orang yang gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w. bertanya, “dari mereka berdua siapakah paling
banyak hafal Al Quran?” apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada
salah satunya, maka nabi s.a.w memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke
liang lahad.”
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata,
“Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan
memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh
anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk
masuk neraka.”
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Abu Hurairah ra.dari nabi s.a.w. baginda bersabda: “orang yang
hafal Al Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran
akan berkata; “Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik
lagi baru.” Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran
berkata lagi:
“Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu di beri pakaian
kehormatannya. Al Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redailah dia.”
Maka kepadanya di katakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat,
ia di beri tambahan satu kebajikan.”
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN BEKAL YANG PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari jabir bin nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda;
“Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa
sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal dari-Nya yaitu Al
Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Buraidah Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar
Rasulullah s..a.w bersabda: “Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan
menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran
akan berwujud seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya: “Apakah
anda mengenalku?”.
Penghafal tadi menjawab; “saya tidak mengenal kamu.” Al Quran
berkata; “saya adalah kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di
tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada malam hari.
Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang
dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka
penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan diberi
kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota
perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus
yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya.
Kedua orang tua itu lalu bertanya: “kenapa kami di beri dengan pakaian
begini?”. Kemudian di jawab, “kerana anakmu hafal Al Quran.”
Kemudian kepada penghafal Al Quran tadi di perintahkan, “bacalah dan
naiklah ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya.” Maka ia pun terus
naik selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan
(tartil)
12.AKAN MENEMPATI TINGKATAN TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
“Dari Sisyah ra ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda;
jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran.
Maka tingkatan syurga yang di masuki oleh penghafal Al Quran adalah
tingkatan yang paling atas, dimana tidak ada tingkatan lagi sesudah itu.
Semoga dengan memahami hal ini, kita semua bisa lebih terpacu untuk bisa menghafal Al Qur’an setiap harinya, semampu kita.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar